BAYANGKAN apa akan jadi kepada dunia ini jika tidak ada budaya reka cipta. Apa akan jadi jika manusia bernama Thomas Edison tidak berfikir untuk menghasilkan mentol. Tentu dunia kita gelap gelita.
Kita tentu masih berjalan kaki atau berkereta lembu jika Henry Ford tidak memerah otaknya mencipta kereta. Begitu juga dengan sistem perhubungan. Telefon bimbit yang ada dalam genggaman kita hari ini yang kita guna untuk bermacam-macam tujuan sebenarnya adalah evolusi ciptaan Alexander Graham Bell.
Semua alat-alat penting yang ada dalam hidup kita hari ini terhasil daripada kreativiti dan budaya reka cipta yang terdapat di kalangan nama-nama besar yang ciptaan mereka telah mengubah dunia.
Seperti biasa ia bermula dengan idea kecil yang dikembangkan sehingga menjadi sesuatu yang penting dalam hidup kita.
Dalam dunia moden atau siber sekarang ini nama Bill Gates tentu cukup mempersonakan.
Bukan sebab dia seorang bilionaire tetapi perisian komputer ciptaannya telah mengubah cara dunia berkongsi maklumat dan berkomunikasi.
Namun kita lebih suka menjadi pengguna daripada pencipta. Budaya reka cipta di kalangan rakyat negara ini masih rendah.
Namun ia perlu dipupuk supaya satu hari nanti Malaysia juga mampu melahirkan pencipta tersohor dunia.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 22 Mac 2010 15:38
Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..
Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
Jangan menyangkal kata-kata guru.
Jangan mengumpat pelajar lain.
Jangan berbisik di hadapan guru.
Jangan berpaling kiri dan kanan.
Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
Rujuk guru dalam memilih ilmu.
Jangan duduk tempat guru.
Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
Muliakan anak-anak guru.
Selalu berhubung dengan guru.
Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
Selalu mendoakan guru selepas setiap solatlimawaktu.
Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 19 Mac 2010 13:02
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Isnin, 01 Mac 2010 10:04
Perlunya Memupuk Budaya Rekacipta Dalam Masyarakat
Budaya rekacipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian yang khusus. Masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu merasakan bahawa amalan merekacipta bukan budaya mereka. Oleh kerana inilah, pada masa kini kita dianggap sebagai satu masyarakat pengguna, iaitu satu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukanlah masyarakat yang menghasilkan sesuatu ciptaan. Namun sebenarnya, tanggapan bahawa budaya rekacipta bukan budaya masyarakat Melayu juga adalah salah.
Cuba perhatikan masyarakat Melayu dahulu yang bijak mencipta pantun, peribahasa, syair dan pandai pula membina rumah mengikut keadaan cuaca di negara ini. Bukankah ini juga satu perbuatan merekacipta yang boleh dikatakan tinggi nilainya? Oleh itu, menidakkan budaya rekacipta dalam masyarakat kita juga adalah tidak benar. Dari sudut pandangan hidup Islam pula, kegiatan merekacipta adalah amat mudah difahami. Apa yang perlu diingat oleh setiap Muslim, rekacipta adalah sifat dan hak mutlak Maha Pencipta yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Di dalam al-Quran seringkali kita menemukan ayat-ayat yang menunjukkan bahawa sifat Maha Pencipta, misalnya surah al-An'am: ayat 101 & 102 dan surah Yaasiin: ayat 81.
Terakhir Dikemaskini pada Jumaat, 19 Mac 2010 12:59