Pertandingan Robotik & Minggu Sains Teknologi dan ICT peringkat Negeri Johor
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Ahad, 27 Jun 2010 15:10
Suasana sekitar Minggu Sains Teknologi dan ICT yang diadakan di PERSADA, Johor Bahru. Bagi pertandingan Robotik Peringkat Negeri Johor, SK Bukit Tongkat, Kluang telah memenangi kategori terbuka. Tahniah !!
Terakhir Dikemaskini pada Ahad, 27 Jun 2010 15:21
Sambutan Hari Guru SKPT 2010
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Rabu, 19 Mei 2010 10:53
Gambar aktiviti sambutan hari guru peringkat Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur....
Video perlawanan bola jaring antara guru lelaki dengan murid...Keputusannya... Guru lelaki menang besar.....
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 19 Mei 2010 11:43
Selamat Hari Guru
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Isnin, 17 Mei 2010 18:42
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 17 Mei 2010 18:52
H1N1 Kembali Mengganas
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Khamis, 06 Mei 2010 16:34
Kenali H1N1 ... Semoga kita dihindari dari wabak yang merbahaya ini..
Projek Bekas Alatulis Dari Bahan Terpakai 4 Berlian 2010
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Khamis, 08 April 2010 14:38
Tajuk Projek :Projek Bekas Alatulis Dari Bahan Terpakai
Kelas : 4 Berlian
Guru : En Juradi Bin Durjari
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 08 April 2010 14:40
Projek Lampu Pengerlip 6 Berlian
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Rabu, 07 April 2010 15:23
Tajuk Projek :Projek Lampu Pengerlip
Kelas : 6 Berlian
Guru : En Sazili B.Kuman
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 07 April 2010 15:34
Program Minggu Anti Dadah 2010
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Isnin, 05 April 2010 20:38
Program : Minggu Anti Dadah 2010
Tarikh : 8 - 11 Mac 2010
Catatan :
Minggu anti dadah telah sempurna dilaksanakan di peringkat SK Felda Pengeli Timur. Sambutan dan sokongan guru-guru, murid- murid dan kerjasama dari AADK daerah Kota Tinggi dalam menjayakan program amatlah disanjung tinggi. Semoga program ini memberi manafaat kepada murid sekolah ini sekaligus mencapai objektif untuk menjadikan SK Felda Pengeli Timur bebas dari pengaruh penyalahgunaan dadah.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 05 April 2010 20:49
Ditulis oleh En Juradi Bin Durjari
Isnin, 22 Mac 2010 15:29
MEMUPUK BUDAYA REKA CIPTA
BAYANGKAN apa akan jadi kepada dunia ini jika tidak ada budaya reka cipta. Apa akan jadi jika manusia bernama Thomas Edison tidak berfikir untuk menghasilkan mentol. Tentu dunia kita gelap gelita.
Kita tentu masih berjalan kaki atau berkereta lembu jika Henry Ford tidak memerah otaknya mencipta kereta. Begitu juga dengan sistem perhubungan. Telefon bimbit yang ada dalam genggaman kita hari ini yang kita guna untuk bermacam-macam tujuan sebenarnya adalah evolusi ciptaan Alexander Graham Bell.
Semua alat-alat penting yang ada dalam hidup kita hari ini terhasil daripada kreativiti dan budaya reka cipta yang terdapat di kalangan nama-nama besar yang ciptaan mereka telah mengubah dunia.
Seperti biasa ia bermula dengan idea kecil yang dikembangkan sehingga menjadi sesuatu yang penting dalam hidup kita.
Dalam dunia moden atau siber sekarang ini nama Bill Gates tentu cukup mempersonakan.
Bukan sebab dia seorang bilionaire tetapi perisian komputer ciptaannya telah mengubah cara dunia berkongsi maklumat dan berkomunikasi.
Namun kita lebih suka menjadi pengguna daripada pencipta. Budaya reka cipta di kalangan rakyat negara ini masih rendah.
Namun ia perlu dipupuk supaya satu hari nanti Malaysia juga mampu melahirkan pencipta tersohor dunia.
Terakhir Dikemaskini pada Isnin, 22 Mac 2010 15:38